RadioAtok ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010" kepada semua pembaca dan peminat RadioAtok.Com. Malam tahun baru Atok pergi ke KLCC tengok bunga api tahun baru bersama keluarga dan orang ramai macam semut. Macam-macam kerenah dan gelagat manusia pada malam tersebut.Yang Atok risau tengok anak muda yang bersuka ria macam tak dek landasan. Harap dia orang ni ada garis panduan bila berseronok.
Tahun 2010, Atok berharap keadaan ekonomi dan kemakmuran bertambah baik demi masa depana negara kita tercinta "Malaysia". Di kedai kopi ramai yang bersembang pasal ekonomi Malaysia yang lembab dan munkin 2010 pun masih merangkak macam kura-kura. Entah dari mana dia orang dapat information atau analysis ekonomi. Atok menjalankan perniagaan Kejuteraan dan ICT, memang dari segi kontrak kerajaan atau swasta memang agak perlahan dan susah untuk mendapat bisness yang besar atau lumayan macam dulu-dulu. Jadi untuk mengimbangkan pendapatan, Atok akan ceburi bidang perniagaan permakanan. Sekarang ni Atok sibuk untuk pendaftaran dan penjenamaan produk.
Selamat Tahun Baru 2010 pada semua.
Kes liwat Anwar: Hakim tersilap putuskan tiada berat sebelah
-
PUTRAJAYA 11 Mac – Hakim Mahkamah Tinggi tersilap ketika memutuskan bahawa
tidak terdapat berat sebelah yang serius sekiranya beliau meneruskan untuk
mende...
30 minutes ago








0 comments:
Post a Comment